Monday, January 31, 2011

Kami Menawarkan Perkhidmatan

Edit gambar atau video anda kepada bentuk video clip YouTube berserta muzik background. Jadikan gambar/video kenangan anda saperti Majlis Perkahwinan, Majlis Pertunangan, Majlis Hari lahir, Majlis Kesyukuran, Percutian anda, Promosi Bisnes anda atau apa saja gambar/video yang menjadi kenangan anda supaya dapat dikongsikan menerusi internet secara online kepada semua dan akan menjadi milik anda selamanya.

Servis kami
1. Gambar-gambar akan di edit kepada video clip YouTube.
2. Video asal menjadi bentuk video clip YouTube.
3. Campuran Gambar dan Video direka bentuk kepada video clip YouTube.
4. Boleh masukkan alamat laman web anda atau teks dalam video clip YouTube.
5. Anda akan mendapat 1 akaun email dan 1 akaun youtube secara percuma.
6. Video clip adalah salah satu cara promosi bisnes anda untuk meningkatkan jualan.

Kenapa dengan video kami
Kami akan edit video anda saperti mengeluarkan gambar video yang tidak penting atau memasukkan gambar supaya ianya kelihatan lebih cantik dan menarik serta memasukkan muzik latar yang bersesuai.

Apakah perlu mempunyai laman web sendiri
Tidak perlu jika gambar/video tersebut berupa koleksi peribadi, tetapi jika gambar/video berbentuk bisnes, adalah lebih baik anda mempunyai sebuah laman web sendiri sesuai dengan perkembangan teknoloji IT masa kini. Jika anda sedang merancang untuk mendapatkan sebuah laman web/blog kadar murah, kami boleh membantu anda klik disini.

Berapa kos yang dikenakan ?
Kami menawarkan kos yang paling minima untuk anda dikira berapa lama jumlah minit video clip YouTube yang akan dihasilkan/siap diproses.
Kurang dari 3 minit pertama RM100 dan setiap minit tambahan seterusnya akan dikenakan cas tambahan sebanyak RM20 seminit. Contohnya video clip youtube yang telah siap diproses sepanjang 5 minit dan 35 saat (5:35) kos yang dikenakan adalah sebanyak RM160 sahaja. Maksimum video clip YouTube akan di edit tidak melebihi 10 minit setiap satu video. Jika tempahan melebihi 3 video clip, diskaun sebanyak 20% akan diberikan.

Jika saya berminat, bagaimana ingin membuat tempahan
1. Isikan borang tempahan disini
2. Sertakan deposit sebanyak RM50/video clip youtube ke akaun disini
3. Sertakan gambar-gambar atau video anda melalui email attachment.

Bila pula baki bayaran perlu saya jelaskan
Kami akan mengambil masa antara 3 hingga 7 hari untuk proses, dalam tempoh tersebut pihak kami akan mengirimkan contoh video yang telah siap di edit untuk pengesahan. Sebaik saja menerima pengesahan dari anda, bayaran penoh 100 peratus hendaklah dijelaskan (termasuk deposit) dan video akan online pada YouTube.

Mempunyai video clip YouTube akan meningkatkan jualan pada bisnes anda atau menjadi kenangan abadi untuk anda dan boleh dikongsikan secara online kepada prospek anda, kepada sanak saudara anda, kenalan anda, rakan facebook anda, rakan internet anda atau sesiapa saja yang berminat..worldwide!

Ada pertanyaan: sila email: smartg54@gmail.com atau sms ke 019-9170708 - Pakya


Anda tidak ketinggalan dalam teknologi TERKINI..! 


Contoh Video 1: Gabungan gambar dan video

Contoh Video 2: Gabungan gambar dan video

Contoh Video 3: Gabungan gambar dan video

Contoh Video 4: Gabungan gambar dan video

Contoh Video 5: Video sahaja

Contoh Video 6: Gabungan gambar sahaja